Scene boring jadi best dalam filem ni
Ada satu adegan dalam filem animasi Patlabor The Movie 2 adegan watak-watak tengah berborak sambil menaiki bot kat Tokyo Bay, dan sepanjang perjalanan tu diorang borak dan sebenarnya tu boring tapi dengan iringan muzik Kenji Kawaii, visual bangunan-bangunan industri, pelabuhan kat situ ditambah ayat-ayat daripada Shigeki Arakawa ni buatkan adegan tu paling melekat yang sepatutnya boring? tapi saya ulang scene ni. Patlabor ni world building dia hebat, hatta syarikat macam SCHAFT pun ada latar belakang korporat dengan jatuh bangun yang menarik dan siap ada muzik yang ikonik yang menginspirasikan zaman sekolah saya yang mana sesuatu cerita kena ada latar belakang yang padu yang mana dalam filem ni berbeza daripada siri dia, lagi serius dan matang sebab katanya diinspirasikan daripada kematian anggota tentera UN daripada Jepun?